Saturday, May 2, 2009

Balik kampong ooo balik kampong

Berita…

Cuti sempena hari pekerja ni, sempatlah saya balik ke kampong yang telah beberapa bulan ditinggalkan. Ternyata ianya masih seperti dahulu, tiada yang berubah, Cuma ada beberapa berita yang kurang senang didengari oleh cuping telinga saya ni.


Berita pertama adalah berkaitan dengan kematian maksu Jenab (gelaran org kampong). Maksu Jenab ni antara tukang urut yang popular dikampong, terutama sekali dalam bab-bab terseliuh tangan atau kaki dan juga tersalah urat. Guna minyak yang dijampi arwah ni juga kadang-kala “menjadi” dengan izin Allah walaupun tampa jumpa sendiri dengan arwah ni.

Berita kedua pula, juga melibatkan kematian. Isteri kepada adik ipar abag sulung saya juga meninggal dunia. Sedih juga, arwah masih lagi muda dan boleh dikatakan cantik lagi la. Yang menyedihkan saya, bukan sebab dia mati dalam usia yang masih muda, tetapi arwah meninggalkan anak yang masih kecil. Anak-anak itu masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Mungkin ini satu peringatan kepada saya dan juga sahabat2 pembaca sekalian bahawa mati itu bila-bila sahaja boleh menjemput kita. Tak kira berapa usia kita, dan dimana kita berada. Seperti syair arab masa saya masih belajar di tingakatan 2 dahulu yang mana maksudnya mcm ni lebih kurang “kematian tetap akan menjengukmu walaupin kamu berlindung disebalik tirai besi yang tidak dapat dimasuki cahaya”.

Satu kalimah 50 akidah

Malam itu saya menemani ayah ke surau kampong sebelah, kerana ayah diminta untuk member kuliah maghrib kat situ. Malam tu, kuliah hanya berkisar kepada satu kalimah sahaja. Kalimah yang merupakan kunci kepada syurga Allah taala.

Baru saya tahu bahawa disebalik ‘kunci syurga’ itu terdapat 50 akidah yang wajib kita yakini dan ketahui. Allahu akbar, betapa besarnya kalimah ini “asy-hadu alla-ilaha illa-llah, wa ash-hadu anna muhammada-rrasulullah”.

Dalam kalimah “asy-hadu alla-ilaha illa-llah” sahaja sudah terdapat 41 sifat-sifat Allah yang perlu kita yakini. Maknakatanya, setelah kita melafazkan kalimah ini, maka sudah tertanam dihati kita akan 41 sifat-sifat Allah ini. 41 sifat-sifat Allah ini adalah; 20 sifat wajib bagi Allah taala + 20 sifat mustahil bagi Allah taala + 1 safat harus bagi Allah taala.

Manakala dalam kalimah “ash-hadu anna muhammada-rrasulullah” pula terdapat 9 sifat nabi Muhammad yang terkandung didalamnya yang wajib untuk kita ketahui dan yakini. 4 sifat wajib bagi nabi + 4 sifat mustahil bagi nabi + 1 sifat harus bagi nabi.

Oleh itu dalam satu lafaz syahadah, sepatutnya telah terangkum didalam hati kita akan 50 sifat ini. Ini belum lagi dibahas satu persatu akan sifat-sifat ini. Mak aii… luasnya ilmu yang terkandung didalam hanya satu kalimah syahadah. Terdetik dalam hati hitam saya “ini baru sahaja ilmu fardhu ain, belajar satu kalimah syahadah pula, belum lagi ilmu-ilmu fardhu ain yang lain dan juga ilmu-ilmu fardhu kifayah serta ilmu-ilmu yang perlu dikuasai oleh serang yang konon-kononya nak berjuang untuk Islam”. Masya-Allah, jika satu ilmu ini pun belum tentu, masakan untuk belajar ilmu-ilmu yang lain.

Benarlah apa yang dikatakan ulama’ “Awwalu-ddin ma’rifatullah”. Awal agama adalah menganali Allah, bagaimana untuk kita berjuang menegakkan agama Allah sedangkan Allah sendiri pun kita tak kenal.

No comments: