Monday, May 18, 2009

Tarbiyyah Dari Alam

"Abi, ana dah tak nak daki gunung ledang lagi" saya berseloroh dengan Abi. Hahaha... semua tergelak, abi hanya tersenyum malu-malu ayam. Semua mereka seakan-akan faham kesakitan, kepenatan, kelelahan, keperitan yang tak dapat digambarkan dengan fikiran tetapi hanya boleh dirasai dengan pengalaman. Tapi syukur Alhamdulillah, perjalanan selama 16 jam itu berakhir juga walaupun natijah zahirnya adalah kesakitan, kepenatan, keletihan, kelonggaran sendi-sendi lutut, kelaparan dan bermacam-macam lagi.


Inikah yang dikatakan tarbiyyah? Bagi saya tidak, tetapi ini adalah gambaran kepada tarbiyyah. Tarbiyyah bukanlah satu perjalanan yang singkat, bahkan sangat jauh dan hanya golongan-golongan yang cekal sahaja akan sampai ke puncak tarbiyyah. (p/s: puncak gunung ledang bukanlah puncak tarbiyyah)


Perjalanan tarbiyyah bukanlah sekadar melangkah akar banir pokok-pokok hutan, bukan juga memanjat batu-batu berbahaya seperti yang dilalui semasa mendaki gunung ledang sehingga ada yang tersepak dan tersadung, ada yang cram dan mengambil masa berbelas-belas jam untuk sampai kepuncak. Itu hanyalah gambaran bagi perjalanan tarbiyyah, tarbiyyah bukan hanya bercakap dan bertazkirah, tetapi perlu dirasai.


Peritnya mendaki gunung ledang, begitulah juga peritnya untuk membawa agenda tarbiyyah bahkan lebih perit dan lebih sakit lagi. Mendaki gunung ledang hanyalah simbolik kepada besar dan beratnya gerakan tarbiyyah yang sebenar.


Betul kata Ust. Wak, kita hanya bercakap, tetapi tidak pernah melaksanakan apa yang kita katakan. Satu frasa ini sahaja mampu mengecutkan hati saya... tergambar ketika saya memegang tampuk kepimpinan dua sesi lepas. Satu kesimpulan yang saya ambil. Kita terlalu banyak berteori dalam tarbiyyah, sedangkan tarbiyyah memerlukan kita berjalan, bekerja dan berpraktikal.


Begitu juga teori mendaki gunung ledang, kita akan berasa letih, penat tetapi gembira, dan dipuncak gunung itu sejuk kerana berada ditempat tinggi. Oleh itu, kita perlu menyediakan makanan secukupnya, pakaian tebal, dan bekalan air yang cukup. Itu hanyalah teori. Sekadar teori yang boleh diolah-olah supaya sedap telinga mendengar. Akan tetapi, cubalah rasai praktikal mendaki gunung ini. Baru kita tahu, sejauh mana teori yang kita dapat dapat memberi kesan kepada kita.


Sekarang kita sedar, tarbiyyah secara zahirnya menatijahkan kepenatan, kesakitan, dan sebagainya. Oleh itu, tidak dapat tidak golongan yang ingin ditarbiyyah dan mentarbiyyah perlu merasai kepenatan, kesakitan. Teori tidak dapat memberikan ini semua, hanya gerak kerja sahaja yang boleh menatijahkan kesakitan dan kepenatan ini. Inilah baru dikatakan tarbiyyah.


"Sampai bila kita harus berada dalam kesakitan dan kesusahan hidup untuk mencapai puncak tarbiyyah? Rasa macam tak akan sampaipun" Satu lontaran soalan terpacul diminda... Sebenarnya, kita masih belum melangkah diatas landasan dan laluan tarbiyyah yang sebenar, oleh itu sampai bila-bilapun kita tidak akan sampai kepuncak tarbiyyah yang menjanjikan ketenangan dan kepuasan pada diri dan iman. Kita perlu melangkah dengan langkah pertama didalam lumpur-lumpur tarbiyyah barulah akan ada langkah-langkah seterusnya untuk sampai kepuncak tarbiyyah yang mungkin memakan masa bertahun-tahun lamanya.


1 comment:

Yusry Yusopp said...

Untuk mereka yang suka mentarbiyah insan2 yang lain :-D

Sample 10 aktvt&games aSaS2 iSLaM merupakan petikan daripada produk Aktiviti & Permainan Kreatif Islami yang disusun oleh CReaTiVe SiFu.. Sila download dan sebar-sebarkan kepada rakan-rakan anda..semoga ada manfaat..

http://www.4shared.com/file/144254443/43bd1bf4/10_aktvtgames_aSaS2_iSLaM.html