Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Posting ni saya tujukan khas buat ibu yang sangat saya cintai dan sayangi. Anak ibu ini selalu ingatkan ibu yang ada kat rumah tu. Bila la agaknya saya boleh bawa ibu jalan-jalan kat KL ni..

Pernah sekali saya pelawa ibu datang KL, Saja je... asyik duk kat kampong jer, at least, boleh la juga tengok2 keadaan bandar KL yang 'serabut' ni. tapi ibu menolak. Tak larat nak jalan-jalan kat KL ni, maklumlah umur pun dah semakin vateran.

Saya tahu, setiap hari ibu pasti teringatkan saya kat sini, cukup makan ke tak. Ibu nak dail sendiri telefon bimbit ayah kat rumah tu, tak pandai... sebab tu selalu ayah je yang contact saya, itu pun sebab ibu yang suruh bertanya khabar.

InsyaAllah bu, saya akan pulang kerumah untuk jenguk ibu, bantu kerja-kerja kampong yang ibu buat. Tapi saya takut nak janji lebih2 dihadapan ibu, sebab takut Allah uji janji-janji mulut saya kepada ibu, dan saya tak nak gagal dalam ujian itu. Segala janji-janji saya kepada ibu, tak akan saya lafazkan tetapi insyaAllah saya akan kotakan tanpa pengetahuan ibu.

Kadang-kadang, saya selalu juga tipu ibu... terutama bab duit. Ayah selalu tanya bila dia call saya, duit ada lagi ke tak, itupun ibu yang suruh. Saya selalu cakap duit ada lagi, tapi dalam bank walaupun hakikatnya duit yang ada dalam bank tu kurang RM10 je, dan tak dapat nak dicashkan. So, ini bukan tipu la kot, helah sikit2 jer. Tapi ibu tahu, saya tipu sebenarnya...

Sebab tu ayah selalu juga masukkan duit ke akaun saya, itupun mungkin ibu yang suruh juga. kadang-kadang RM100, kadang-kadang RM50. Saya sedih apabila ayah masukkan duit RM50 ke akaun saya. Bukan sebab sikit, tapi saya tahu ayah tak ada duit masa tu, sebab tu masukkan sedikit je. Habis tu, ibu dan ayah kat rumah nak makan apa? Nak tak ambil, takut nanti ibu kecil hati pula.

Saya sengaja tak nak mintak duit daripada ibu dan ayah, sebab saya tahu, ibu dan ayah pun bukannya ada duit sangat. Sekarang saya dah besar, sudah boleh mencari pendapatan sendiri dan sepatutnya saya yang memberi duit kepada ibu dan ayah pula. Walaupun kerja RA dan gaji pun tak seberapa, insyaAllah saya masih boleh berdikari untuk hidup kat KL ni.

Gaji pertama saya dah dapat... tapi tak sempat nak bagi kat ibu, sebab semuanya telah habis digunakan untuk membayar hutang - hutang dengan universiti, hutang dengan rumah, dan juga sewa rumah. Tunggulah gaji kedua ni pula. Tapi kadang-kadang saya terfikir juga mcm mn saya nak bagi duit gaji saya ni kat ibu, conform ibu tak ambil.

Tak pe la bu, saya akan selalu doakan kesejahteraan ibu dan ayah. Ini yang selalu ibu ingatkan sayakan? Doa untuk kesejahteraan datuk nenek kita. Alhamdulillah, setiap kali berdoa, saya tak lepaskan peluang untuk berdoa untuk kesejahteraan ibu dan ayah.

Video dibawah ni saya tujukan khas untuk ibu, Meriam Bt Lateh:-


No comments: